Statistik

Jumat, 25 Maret 2011

Sejarah dunia

Sejarah dunia, menurut kebiasaan, adalah sejarah manusia, dari kemunculan Homo sapiens sehingga masa kini. Sejarah manusia ditanda oleh kedua-dua jumpaan dan ciptaan secara beransur-ansur, dan juga lompatan kuantum (quantum leap) — anjakan paradigma, dan revolusi — yang merangkumi mercu tanda dalam evolusi kerohanian dan duniawi kemanusiaan.
Sejarah manusia, berbanding dengan pra sejarah, pada masa lalu dikatakan bermula dengan ciptaan, secara bebas dibeberapa tapak di bumi, tulisan, yang menjadi infrastruktur bagi penyebaran ingatan yang berterusan dan tepat dan dengan itu penting bagi penyebaran dan perkembangan pengetahuaan.[1] Tulisan, sebaliknya, menjadi perlu dengan gelombang Revolusi Neolitik / Revolusi Pertanian, yang telah memberikan kebangkitan tamadun, contoh. masyarakat yang menetap secara tetap, yang mendorong peningkatan kepelbagaian perdagangan.
Habitat manusia yang bertaburan, berpusat sekitar punca air penting bagi kehidupan — sungai dan tasik — berkembang dengan masa kepada unit lebih besar, selaras dengan perkembangan kaedah pengangkutan yang lebih baik. Proses perkembangan ini, digalakkan oleh persaingan dan pertelingkahan antara masyarakat yang berjiran, semakin berkembang merentasi alaf kepada negara lebih besar, dan kemudiannya negara super atau empayar. Di Eropah, kejatuhan Empayar Rom Barat (476) biasanya dikatakan sebagai menandakan akhirnya sejarah silam dan permulaan Zaman Pertengahan.
Seribu tahun semudian, pada pertengahan abad ke-15, ciptaan Johannes Gutenberg bagi percetakan moden, menggunakan jenis boleh gerak, merevolusi perhubungan, membantu mengakhiri Zaman Pertengahan dan membawa masuk zaman moden, Renaissance dan Revolusi Saintifik.
Menjelang abad ke-18, himpunan pengetahuan dan teknologi, terutamanya di Eropah, telah sampai tahap kritikal yang mencetuskan kehadiran Revolusi Perindustrian. Lebih suku-alaf sejak itu, perkembangan pengetahuan, teknologi, perdagangan, dan — bersamanya — potensi kemusnahan akibat perang telah meningkat berganda secara geometri mencipta peluang dan bahaya yang kini mengancam masyarakat manusia yang tinggal bersama di planet ini.

 Zaman Paleolitik

 

Peta penghijrahan manusia, menurut genetik populasi mitokondria. Nombor adalah alaf sebelum kini (ketepatan dipersoalkan).
"Paleolitik" bererti "Zaman Batu Silam." Ini merupakan Zaman Batu terawal. Zaman Paleolitik Awal (Lower Paleolithic) sebelum Homo sapiens, bermula dengan Homo habilis dan pengunaan terawal perkakas batu sejak 2.5 juta tahun dahulu Homo sapiens berasal sekitar 200,000 tahun dahulu, membawa masuk Zaman Paleolitik Pertengahan.
Pada satu ketika pada Pertengahan Paleolitik, manusia turut membangunkan bahasa, muzik, seni awal, dan juga pengkebumian mayat secara sistematik.
Manusia berkembang dari Afrika Timur ke Timur Dekat sekitar 80 alaf dahulu, dan selanjutnya ke Asia Selatan dan Australasia sekitar 60 alaf dahulu, barat laut ke Eropah dan ke timur ke Asia Tengah sekitar 40 alaf dahulu, dan jauh ke timur hingga ke Amerika sejak sekitar 30 alaf dahulu. Zaman Paleolitik Akhir (Upper Paleolithic) dianggap bermula sejak 40 alaf dahulu, dengan kewujudan budaya "tinggi". Perkembangan ke Amerika Utara dan Oceania berlaku pada kemuncak Zaman Air Batu terkini, ketika kawasan sederhana amat tidak seduai untuk diduduki. Menjelang akhir Zaman Air Batu sekitar 12,000 tahun dahulu, manusia telah menduduki hampir kesemua bahagian bebas ais di seluruh dunia.
Sepanjang zaman Paleolitik, manusia biasanya hidup sebagai pemburu-pengumpul nomad. Masyarakat pemburu-pengumpul cenderung terdiri dari kumpulan agak kecil dan sama taraf (egalitarian), sungguhpun masyarakat pemburu-pengumpul dengan sumber makanan yang kaya atau mempunyai teknik penyimpanan makanan yang maju kadang kala membangunkan cara hidup tenang (sedentary), struktur masyarakat rumit seperti mempunyai ketua, dan pengelasan masyarakat; dan membolehkan hubungan jarak jauh, seperti bagi kes highway orang asli Australia.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

search